Friday 21 June 2013

Ole Ole Bandung 2.0


Hari Kedua - 16 Jun 2013

Pagi minggu dihadapan hotel riuh rendah dengan orang berjualan dipasar minggu. Mak datok aii...ramainya orang!! Lenguh kaki berjalan. Aku agak mungkin sepanjang 5km orang berniaga. Macam macam benda ada, barangan nyer murah jugak. Isteri aku sambar baju sutera 2 helai. Kata si penjual harga baju tu lebih murah dari di Pasar Baru. Entah ler betul atau tidak...

Selepas berjalan2 di pasar minggu, Pak supir membawa kami ke sebuah rumah di Kopo. Disitu banyak kain sulam yang murah murah. Sehelai hanya RM 35 jer. Mungkin di Malaysia boleh mencecah RM150. Isteriku tidak banyak membeli pasal dia tak pakai baju kurung lagi dah. Dia hanya sambar 2 helai kain sulam dan 2 helai telekong. Untuk lelaki? Tengok jer ler....pas tengok pi bayo IDR 520k...

Selepas itu kami di bawa ke Bali Heaven. Boleh tahan gak decoration nyer. Barangan nyer bercampur campur ori ngan tak ori. Aku sambar kemeja versace dan baju Jeep koboi. Kedua dua nya tak sampai RM90 sehelai.

Anak anak aku shopping sakan dengan brand ntah apa ntah... aku bagi can diorang shopping tanpa control... maklum la murah2 harga nya.

Gambar di atas di ambil sebelum kami meninggalkan Bali Heaven.

Selepas itu kami di bawa ke Toko Tiga. Aku sambar seluar Levis... harganya tak lah murah sangat tapi 20-30% lebih murah berbanding kat Malaysia.

Petangnya kami makan di restoran Nasi Padang Sederhana. Walaupun masakannya sederhana sahaja tapi harganya tidaklah sesederhana nama nya. Mungkin cashiernyer kira masakan yang kitorang tak makan. Korang makan otak lembu masak lemak? Kitorang tak makan tapi masuk dalam bil...harganya IDR 25k....adehhhh


Yang di hujung berbaju putih ialah bapak Dudi, pemilik syarikat supir. Orang nya ramah dan baik hati. Kami menggunakan khidmat supir sepanjang berada di sini termasuk menjemput dan menghantar ke airport Soekarno-Hatta Jakarta. Nomor kontek dan kos sewaannya bisa diperolehi dengan mengemail kepada saya yang memakai spek tu... no hidden cost and no mark up...hehehehe

1 comment:

  1. Salam tuan/puan semohga senantiasa semua di berikan kesihatan dan di murahkan rezeki nya (amiin) . Kami disini nak menawarkan sewa kereta tuk bandung city tour . Bagi sesiapa tuan/puan yg nak ada trip ke bandung dan membutuhkan kereta untuk transportasi selama di bandung boleh sahaja PM saya atau wassap :+6289619522797 Dijamin kami bagi harga yg berbaloi & service yg terbaek (insha allah) mohon maap bila ada ayat yg kurang berkenan TERIMAKASIH :)

    Nb:yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon banyak,tp yg terbaek tetap HAYUKKA BANDOENG .. jom jom gi bandung murah jer !!!

    ReplyDelete