Tuesday 9 July 2013

Meraih Keampunan Allah

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Rasulullah shalallahu ‚alaihi wa sallam bersabda: “Allah subhanahu wa ta’ala berfirman: ‘Wahai anak adam, sesungguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu memenuhi seluruh langit, kemudian engkau memohon ampun padaku, nescaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menjumpaiku dalam keadaan tidak berbuat syirik dengan apapun nescaya aku akan datang kepadamu dengan pengampunan sepenuh bumi pula. (HR Tirmidzi, beliau berkata: “hadits ini hasan”) WAllahu a’lam, semoga selawat tercurah pada nabi Muhammad. Penjelasan: Dari Anas radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah ¬shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: [Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,’ Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan memperdulikannya lagi] Yang dimaksud [“Anak Adam”] pada perkataan ini adalah seorang muslim yang mengikuti risalah rasul yang diutus kepadanya. Maka orang-orang yang mengikuti risalah nabi Musa ‘alaihi salam pada zamannya, maka dia termasuk orang yang diseru dengan panggilan ini. Orang-orang yang mengikuti risalah nabi Isa ‘alaihi salam pada zamannya, maka dia juga termasuk orang yang diseru dengan panggilan ini. Adapun setelah diutusnya Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam, orang-orang yang mendapatkan balasan dan keutamaan seperti yang disebutkan dalam hadits ini adalah mereka yang mengikuti Al Musthafa (Nabi Muhammad) shalallahu ‘alaihi wa sallam, beriman bahwa risalah yang beliau bawa adalah penutup risalah para nabi, mengakui kenabian dan risalah yang beliau bawa dan mengikuti petunjuk beliau shalallahu ‘alaihi wa sallam. Allah jalla wa ‘ala berfirman pada hadits ini: [Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan memperdulikannya lagi] Kalimat ini memiliki makna yang serupa dengan firman Allah jalla wa ‘ala: قُلْ يَاعِبَادِي الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لاَتَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللهِ إِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ “Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS Az Zumar: 53) Jika seorang hamba melakukan perbuatan dosa kemudian segera bertaubat, berdoa kepada Allah jalla wa ‘ala agar Ia mengampuninya serta mengharapkan ampunan-Nya, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya selama dia bertaubat kerana “Taubat itu menghapus dosa-dosa sebelumnya”. Kemudian Allah jalla wa ‘ala berfirman pada hadits ini: “sesungguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepada-Ku”. Kalimat ini menjelaskan bahawa doa disertai dengan harapan akan menyebabkan Allah mengabulkan permohonan keampunan. Ada sebagian orang yang berdoa pada Rabb-Nya dengan harapan yang lemah dan tidak bersangka baik pada Rabb-Nya padahal Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda,”Allah subhanahu wa ta’ala berfirman: ‘Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku pada-Ku maka hendaklah berprasangka pada-Ku sebagaimana dia kehendaki”. Jika seorang hamba berdoa untuk memohon ampun atas segala dosa-dosanya maka hendaknya dia berdoa untuk memohon ampun pada Allah dengan berkeyakinan bahawa Allah memiliki kemurahan yang sangat besar dan dia berharap bahawa Allah akan mengampuni dosa-dosanya. Orang yang melakukan hal ini, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya. Maka jika seseorang telah memiliki rasa harap yang sangat besar pada Allah dan yakin bahawa Allah akan mengampuninya nescaya dia akan mendapatkan apa yang ia cari. Hal tersebut dikeranakan besarnya rasa harap dan prasangka yang baik pada Allah. Banyak ibadah-ibadah hati (ibadah qalbiyyah) yang harus dilakukan oleh seorang pelaku dosa ketika memohon ampun dan bertaubat. Banyak ibadah-ibadah hati yang harus dilakukan agar perbuatan dosa diampuni sebagai kurnia dan kemuliaan dari Allah jalla wa ‘ala. Kemudian Allah subhanahu wa ta’ala berfirman: “nescaya Aku akan mengampunimu”. Pengampunan (المغفرة) memiliki makna menutup bekas-bekas dosa di dunia dan akhirat. Pengampunan tidak sama dengan menerima taubat, karena pengampunan memiliki makna menutup (ستر). Mengampuni sesuatu (غفر الشيء) memiliki makna menutup sesuatu (ستره). Menutup dosa-dosa memiliki makna bahawa Allah jalla wa ‘ala akan menutup timbunan dosa di dunia dan akhirat. timbunan dosa di dunia adalah balasan atas perbuatan dosa tersebut di dunia, sedangkan timbunan dosa di akhirat adalah balasan atas perbuatan dosa tersebut di akhirat. Barang siapa yang memohon keampunan kepada Allah jalla wa ‘ala maka dia akan diampuni oleh Allah. Barang siapa yang meminta pada Allah agar Ia menutupi timbunan dosanya di dunia dan akhirat maka Allah akan menutupinya. Allah akan menutup timbunan dosa-dosanya dengan tidak memberikan balasan atas dosanya di dunia dan akhirat. Kemudian Allah subhanahu wa ta’ala berfirman: [Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu memenuhi seluruh langit]. Dosa tersebut memenuhi langit (awan yang tinggi) kerana jumlahnya yang banyak dan bertimbun-timbun. Kemudian Allah subhanahu wa ta’ala berfirman: [kemudian engkau memohon ampun pada-Ku, nescaya Aku akan mengampunimu]. Perbuatan ini adalah perbuatan seorang hamba yang bertaubat dan mencintai Rabbnya dengan kecintaan yang mendalam. Kerana Allah -Yang Maha Agung, Yang Memiliki nama dan sifat yang mulia, indah dan sempurna, yang menguasai seluruh kerajaan, Dialah yang menguasai dan melindungi segala sesuatu, yang memiliki berbagai macam nama dan sifat yang agung dan mulia- akan mencintai hambanya dengan kecintaan seperti ini. Maka tidak diragukan lagi, hal ini akan membuat hati mencintai Rabbnya, merasa hina di hadapan-Nya dan mendahulukan keredhaan-Nya daripada keredhaan selain-Nya. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman: [Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu memenuhi seluruh langit kemudian engkau memohon ampun padaku, niscaya Aku akan mengampunimu]. Dalam kalimat ini terdapat dorongan untuk senantiasa memohon ampunan. Jika engkau berbuat dosa maka beristigfarlah kerana sesungguhnya tidak cukup istigfar kita walaupun dilakukan sebanyak 70 kali dalam setiap hari seperti yang disebutkan dalam sebuah hadits. Dengan beristigfar dan menyesal maka Allah akan mengampuni segala dosa. Kemudian Allah subhanahu wa ta’ala berfirman: "Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menjumpaiku dalam keadaan tidak berbuat syirik dengan apapun nescaya aku akan datang kepadamu dengan pengampunan sepenuh bumi pula". Jika anak Adam datang dengan dosa sepenuh bumi, kemudian menjumpai Allah dalam keadaan memurnikan ibadah hanya untuk-Nya dan tidak berbuat syirik kepada-Nya baik syirik besar, syirik kecil maupun syirik yang tersembunyi, hatinya ikhlas hanya kepada Allah, tidak ada pada hatinya kecuali Allah dan tidak merasa cemas kecuali hanya kepada-Nya, tidak berharap kecuali hanya kepada-Nya, tidak berbuat syirik dalam bentuk apapun pada-Nya, nescaya Allah jalla wa ‘ala akan mengampuni seluruh dosa-dosanya. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman: “kemudian engkau menjumpaiku dalam keadaan tidak berbuat syirik dengan apapun niscaya aku akan datang kepadamu dengan pengampunan sepenuh bumi pula”. Hal ini menunjukkan kebaikan dan besarnya rahmat Allah pada para hamba-Nya.

Tuesday 2 July 2013

7 Cara Mudah Kempiskan Perut Buncit

Aku tertarik tulisan ni memandangkan aku termasuk katogori perut gendut.... hehehe.

Dalam 7 saranan dan kaedah seperti di bawah, satu pun takder yang senang aku buat... patut la perut aku gendut.... tapi tak kisah janji isteri sayanggggg

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.
Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untukmengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


Persempadanan Politik Mengikut Sosio Ekonomi

Persempadanan Politik Mengikut Sosio Ekonomi (by ruhan)... heheheh aku copy and paste jer

Di negara kita ada 222 kerusi Dewan Rakyat. Semua kerusi itu terletak dalam kawasan yang dibahagikan kepada lima kategori, iaitu Bandar Majoriti Cina, Bandar Majoriti Melayu, Bandar Campuran, Separa Bandar, dan Luar Bandar.

Jumlah kerusi bagi kategori-kategori kawasan itu ialah Bandar Majoriti Cina (16), Bandar Majoriti Melayu (16), Bandar Campuran (13), Separa Bandar (54), dan Luar Bandar (123). Ini bermakna, kawasan-kawasan bandar di negara kita diperuntukkan sebanyak 99 kerusi. Sehubungan itu, 55.4% kerusi Dewan Rakyat dalam Parlimen Malaysia terletak di luar bandar. Kerusi selebihnya berjumlah 44.6%.

Dalam PRU Ke-13 yang lalu, BN tidak memenangi sebarang kerusi di Bandar Majoriti Cina. Mereka memenangi 4 kerusi di Bandar Majoriti Melayu, 1 kerusi di Bandar Campuran, 20 kerusi di Separa Bandar, dan 108 kerusi di Luar Bandar. Kesemuanya berjumlah 133 kerusi.

PR memenangi kesemua 16 kerusi di Bandar Majoriti Cina, 12 kerusi di Bandar Majoriti Melayu, 12 kerusi di Bandar Campuran, 34 kerusi di Separa Bandar, dan hanya 15 kerusi di Luar Bandar. Kesemuanya berjumlah 89 kerusi.

PRU Ke-13 menyaksikan cengkaman kuat PR ke atas kawasan bandar dan penguasaan kukuh BN ke atas kawasan luar bandar. Senario sedemikian mengundang banyak persoalan. Nampaknya PR menguasai kawasan-kawasan maju, separa maju, dan sedang membangun. BN menguasai kawasan luar bandar yang serba kekurangan. Pola sedemikian memperlihatkan kepada kita pergeseran yang nyata antara bandar dan luar bandar.

Jika kita mengambil kira kedudukan sosio-ekonomi antara kedua-duanya, lebih banyak perkara akan muncul ke permukaan. Banyak perubahan akan berlaku dari sekarang hingga tahun 2018 nanti. Pertambahan penduduk dan pembangunan akan mendorong pembentukan lebih banyak Bandar Campuran dan Separa Bandar pada masa mendatang. Sehubungan itu, kawasan-kawasan pilihan raya di Luar Bandar akan menjadi semakin sedikit. Pertambahan kawasan Bandar Campuran dan Separa Bandar sudah pasti menguntungkan PR. Pengurangan kawasan-kawasan Luar Bandar akan menjadi mala petaka kepada BN.

Pada masa ini terdapat 99 kerusi dalam kategori Bandar Majoriti Cina, Bandar Majoriti Melayu, Bandar Campuran, dan Separa Bandar. Kawasan-kawasan ini, terutamanya Bandar Campuran dan Separa Bandar akan terus berkembang. Jika terdapat pertambahan 4 kawasan Bandar Campuran dan 6 kawasan Separa Bandar, jumlah kawasan dalam kategori tersebut akan menjadi 109 kerusi. Oleh sebab itu, kawasan Luar Bandar hanya tinggal 113 kerusi. Jumlahnya tetap 222 kerusi seandainya persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak direalisasikan.

Berasaskan situasi semasa, Pakatan mampu menguasai 97 daripada 109 kerusi tersebut. Pakatan akan mendapat majoriti mudah jika mengekalkan 15 kerusi Luar Bandar yang mereka menangi dalam PRU Ke-13. Namun, sudah pasti pengundi-pengundi bermaklumat dan pengundi-pengundi baru di 109 kawasan itu ingin melihat keputusan yang lebih baik daripada yang disebutkan itu.

Jika hal sedemikian berlaku, Pakatan akan mencapai kemenangan yang lebih bergaya dalam PRU Ke-14 nanti. Sementara menunggu saat itu, sama-samalah kita lihat apa-apa yang akan dilakukan oleh SPR berkaitan persempadanan semula kawasan pilihan raya. Yang pasti berlaku ialah Pakatan takkan mau melihat pisang berbuah bukan saja dua kali malahan juga berkali-kali seperti yang pernah berlaku sebelum ini."

Monday 1 July 2013

Waktu Solat dan Berbuka Puasa untuk GumusutKakap Offshore July 2013

Susah gak aku nak source waktu solat ngan berbuka poser untuk kawasan kerja aku ni. Biasa nya aku gunakan waktu kat Labuan dan tambah 10 minit.

Memandangkan bulan poser dah nak menjelang tiba, maka waktu berbuka dan juadahnya ialah antara topik utama diperbincangkan. Waktunya mestilah tepat macam kat darat especially waktu berbuka. Nabi kata sunat di percepatkan. Hehehehe....

Alhamdulillah akhirnya ada sorang hamba Allah buat kan table waktu solat. Entah apa method dia pakai tak pulak aku tanya tapi ada kene mengene dengan almanac astronomical. Bagi orang yang kerja atas kapal, diorang dah biasa dah dengan method ni.

So ini lah hasilnya. Bagi kengkawan yang berkerja di Kikeh, GumusutKakap dan sekitarnya, boleh lah menggunakan table ini sebagai panduan. Kena tambah seminit dua untuk perbezaan disebabkan terrestial atmosphere effect.

Kalau nak aku email copynyer, sila lah email kat aku dulu mykeluarga9061@gmail.com

Sunday 30 June 2013

Roh dan Jasad ku...


Sebelum kita telah berusia ini.. kita, adalah kanak2.. kita adalah bayi.. sejak itu dunia kita adalah dunia yg sedang kita lihat ini.. Alam Dunia

Ssebelum kita lahir ke dunia.. kita adalah janin.. dunia kita adalah adalah di Rahim ibu kita.. Alam Rahim

Sebelum kita di dunia Rahim.. kita adalah seekor sperma drp jutaan sperma yg bersama kita.. dunia kita adalah di antara tulang sulbi Ayah kita..

Kisah di atas tadi, sebenarnya kita bercerita tentang jasad kita yg hidup.. semasa kita menjadi sperma, bentuk tubuh kita seperti itulah; “sperma”.. ada kepala berekor pula.. semasa kita hidup di alam Rahim Ibu.. tubuh sperma membesar berubah sedikit demi sedikit menjadi janin & mula berupa baby.. dan semasa kita dilahirkan ke dunia, bentuk jasad membesar dan berubah dari masa ke semasa.. hinggalah jasad menjadi tua dan mati..

Bercerita tentang jasad, tidaklah lengkap jasad itu hidup sekiranya tidak bercerita tentang Roh..

Benar.. tiadalah pengetahuan tentang Roh itu melainkan sedikit.. Ramai yg pertikai berkenaan cerita Roh, seolah2 cerita berkenaan Roh itu tiada langsung.. ada segolongan pula tidak membenarkan bercerita tentang Roh..

Benar.. pengetahuan tentang Roh amat sedikit.. namun yg “melainkan sedikit” itulah sebenarnya cukup memadai utk kita mengenali ALLAH Tuhan sekalian alam.. dengan bimbingan-Nya jua..

Diri kita yg sebagai Sperma dikandung Ayah itu dilengkapi Roh.. sebab itu Sperma bisa hidup.
Diri kita yg sebagai Janin dikandung Ibu itu dilengkapi dgn Roh.. sebab itu Janin bisa hidup.
Diri kita yg sebagai diri kita yg lahir ke dunia ini dilengkapi dgn Roh.. sebab itu kita masih hidup.

Roh membesar sptmana Jasad, Roh meliputi setiap zarah Jasad.. tetapi Jasad akan menjadi tua, sedangkan Roh tidak akan menjadi tua..

Apakala Roh kita meninggalkan dunia.. jasad kita sudah pastilah akan mati.. maka ke mana pula Roh kita akan pergi? Sudah tentulah akan kembali ke Rahmatullah..

Ini bermakna; “Jasad kita ini sememangnya benda mati, hanya apabila Roh kita meliputi jasad, maka hiduplah jasad kita.. dan Roh kita adalah sesuatu yg tidak mati”

Jadi persoalan yg amat besar di sini; “Siapakah diri kita yg sebenarnya?”.. “Adakah Jasad?”.. “Adakah Roh yg berjasad halus?”

Sudah barang tentu jawapannya adalah hakikat diri kita ini “Roh yg berjasad halus”

Apabila kita telah yakin bahawa diri kita “Roh yg berjasad halus” dan kita melihat diri kita ini adalah “Roh yg berjasad halus”.. bermakna kita juga meyakini bahawa kita ini hidup kekal abadi..

Di sinilah permulaan perjalanan kerohanian kita. Kita menuju jalan kembali menjadi diri kita yg sebenar dgn keyakinan yg amat kukuh..

Namun, bagi sesiapa yg tidak meyakini bahawa diri mereka itu adalah “Roh yg berjasad halus” yg hidupnya kekal abadi.. tidaklah dapat mengharungi perjalanan kerohanian.

Kata ALLAH; “Roh itu rahsia-Ku”
Kata ALLAH; “tiada pengetahuan tentang Roh, melainkan sedikit”

Dgn keyakinan dan kesedaran bahawa diri kita ini adalah “Roh yg berjasad halus” dan kita ini adalah rahsia bagi ALLAH (Roh itu rahsia-Ku).. mudah2n dgn mengabdi kepada ALLAH dengan SOLAT.. dgn amalan2 mulia lebih2 lagi bimbingan mereka yg mursyid, perjalan kerohanian akan bertambah baik

Se-akan2;
Roh itu diibarat spt molekul air (H₂O) dlm kisah Laut.. sayugia diingatkan Laut itu ada sempadan diri, iaitu sempadan dirinya adalah pantai.. tetapi ALLAH itu tiada sempadan diri.. ke-Esaan-Nya meliputi segala sesuatu..”

Saturday 29 June 2013

Solat lah kerana ia perintah Allah (peringatan buat diriku...) 2.0

Hukum Meninggalkan Shalat

Telah sepakat para ulama bahwa shalat fardhu lima waktu sehari semalam hukumnya adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah yang sudah berakal, baligh dan suci dari hadas.

Dan shalat merupakan ibadah badaniyah yang tidak boleh diwakilkan kepada siapapun, dan telah ijma’ kaum muslimin bahwa orang yang menentang dan mengingkari kewajiban shalat lima waktu maka ia adalah kafir dan keluar dari agama Islam karena tetapnya kewajiban shalat ini dengan dalil-dalil yang qath’I (tegas) yaitu dari al-Qurân dan sunnah serta ijma’.

Adapun siapa yang meninggalkannya karena malas dan menganggap mudah perkara ini tanpa mengingkari tetang kewajibannya maka orang tersebut dihukumi sebagai orang muslim yang Fasiq dan telah melakukan maksiyat dan dosa besar.

Ancaman dan Hukuman Bagi yang Meninggalkannya

1. Hukuman di Akhirat

Akan menyebabkan pelakunya masuk ke dalam Neraka Saqar sebagaimana yang telah dikabarkan oleh Allah Subhânahu wa Ta’âla

“Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab; Kami dahulu sewaktu hidup di dunia tidak termasuk orang-orang yang mendirikan shalat.”
(QS. al-Muddatstsir: 42-43)

Dalam ayat lain Allah Ta’âla berfirman:

“Celakalah bagi orang-orang yang shalat, yaitu orang-orang yang lalai mengerjakannya.”
(QS. al-Maa’un: 4-5)

Dan di dalam ayat lainnya Allah Ta’âla berfirman:

“Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang jelek yang mereka menyia-nyiakan shalat dan mengikuti hawa nafsunya, maka kelak mereka akan mendapatkan azab yang berlipat ganda.”
(QS. Maryam: 59)

Syaikh Abdurrahman Natsir as-Sa’di rahimahullah di dalam perkataan beliau dalam menafsirkan ayat ini:

“Apabila seorang muslim berani mengabaikan shalat yang merupakan tiang agama, timbangan atau tolak ukur keimanan dan keikhlasan kepada Rabbul’alamin, yang merupakan setinggi-tingginya dan seutama-utamanya amalan, maka tentunya ibadah yang lain lebih ia abaikan dan sia-siakan.” Lalu Syaikh rahimahullah melanjutkan perkataannya; “Yang menyebabkan mereka meninggalkan ibadah tersebut adalah karena mereka mengikuti hawa nafsunya dan kehendaknya sehingga mereka lebih mendahulukannya daripada menjalankan hak-hak Allah ‘Azza wa Jalla.” Tentu hukuman yang pantas baginya adalah azab Allah ‘Azza wa Jalla di akhirat.

2. Hukuman di Dunia

Menurut mazhab Hanafiyah bahwa orangyang meninggalkan shalat karena malas dia telah fasiq dan hukumannya adalah ditahan, dipukul dengan pukulan yang keras hingga keluar darah, dimana hukuman ini berlanjut sampai ia mengerjakan shalat dan taubat atau mati di dalam penjara.

Dan menurut pendapat sebagian besar para ulama; diminta untuk taubat selama 3 (tiga) hari seperti orang murtad dan jika tidak bertaubat maka ia dibunuh, dan pendapat ulama mazhab Syafi’i dibunuh sebagai had bukan karena kekufurannya karena menurut mereka bahwa mereka tidak dikafirkan namun dihukum seperti hukum Hudud yang lain (seperti had untuk pelaku zina, pencuri dan yang menuduh orang lain berzina)

Kafirkah orang yang meninggalkan shalat ?

Maka tidaklah kafir orang yang meninggalkan shalat menurut pendapat Jumhur ulama karena kafir itu berlaku kalau I’tiqadnya tidak shahih seperti meyakini shalat fardhu lima waktu itu tidak wajib dan menentang hukum wajibnya.

Sedangkan apabila tidak menentang kewajiban shalat fardhu dan masih meyakini wajibnya maka tidaklah orang tersebut dikatakan kafir karena I’tiqadnya masih shahih.

Dalil-dalil yang menunjukkan tidak kafirnya orang yang meninggalkan shalat karena malas

1. Firman Allah Subhânahu wa Ta’âla di dalam al-Qurân

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan akan mengampuni dosa selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. (QS. an-Nisaa’: 48)

2. Hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Lima shalat yang Allah wajibkan atas hamba-Nya, siapa yang melaksanakannya dan tidak menyia-nyiakannya sedikitpun, menunaikan haknya maka Allah akan memberikan untuknya janji yaitu surga dan barangsiapa yang tidak melaksanakannya maka tidak ada janji Allah baginya. Jika Allah menghendaki maka Allah akan mengazabnya dan jika Allah menghendaki Allah akan mengampuninya.”  (HR. Ahmad, Abu Dawud, an-Nasa’I, dan Ibnu Maajah)

3. Dalam hadis Muslim juga dijelaskan bahwa tidak kekalnya di dalam neraka bagi seseorang yang telah mengikrarkan syahadatnya;

“Barangsiapa yang telah berikrar Laa ilaaha illallah dan mengingkari setiap sembahan selain Allah, maka haram hartanya dan darahnya dan perhitungannya diserahkan kepada Allah.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Akan keluar dari neraka bagi siapa yang mengatakan la ilaaha illallah sedangkan di dalam hatinya ada sebesar biji gandum dari kebaikan.” (HR. Imam Bukhori)

 
Wallahu a’lam

Kisah disebalik solat

Sewaktu Rasullullah SAW duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansyar, maka dengan tiba – tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata:

Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat – kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa AS, yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrabin.

Lalu Rasullullah SAW, bersabda : Silakan bertanya.

Berkata orang Yahudi: Silakan terangkan kepada kami tentang lima waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu,

Sabda Rasullullah SAW: Sholat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya, Sholat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam AS, memakan buah Khuldi, Sholat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S, maka setiap mukmin yang sholat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya, Sholat Isya itu ialah sholat yang dikerjakan oleh para Rasul – Rasul sebelumku, Sholat Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini karena apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW, maka mereka berkata: Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang sholat.

Rasullullah SAW bersabda: Jagalah waktu-waktu sholat terutama sholat yang pertengahan, Sholat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sholat pada ketika itu akan diharamkan keatasnya uap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.

Sabda Rasullullah SAW lagi: Manakala sholat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam AS. Memakan buah Khuldi, Orang mukmin yang mengerjakan sholat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.

Setelah itu Rasullullah SAW membaca ayat yang bermaksud : Jagalah waktu – waktu sholat terutama sekali sholat yang pertengahan, sholat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S, diterima, Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sholat Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan. Sabda Rasullullah S.A.W.: Sholat Isya (atamah).

Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sholat Isya berjamaah , Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath.

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: Sholat Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sholat Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu dibebaskan dari api neraka dan dibebaskan dari nifaq.

Solat lah kerana kamu hamba Allah (peringatan buat diri ku...) 1.0

Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah menganugerahkan nikmat Iman dan Islam. Shalawat beserta salam semoga selalu dicurahkan bagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, keluarganya, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikutinya sampai akhir zaman.

Sesungguhnya shalat mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah Subhânahu wa Ta’âla yang tidak dimiliki oleh ibadah-ibadah yang lain sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qurân dan as-Sunnah, diantaranya:

1. Shalat sebagai tiang agama Islam.

Suatu bangunan tidak akan berdiri dan tegak kecuali dengan adanya tiang yang kokoh. Kedudukan shalat mendapatkan tempat yang tinggi setelah mengucapkan syahadatain sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Islam dibangun di atas lima dasar, iaitu: persaksian bahwa tiada Ilah yang berhak untuk diibadahi/disembah selain Allah dan bahwasanya Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan haji ke Baitullah.” (Muttafaqun ‘alaihi)

2. Shalat adalah Induk ibadah dan keta’atan yang paling utama.

Hal ini disebabkan banyaknya nas-nas dari al-Qurân yang memerintahkannya, menjaganya dengan melaksanakannya tepat waktu dan menunaikannya dengan baik sebagaimana firman Allah Subhânahu wa Ta’âla:

“Peliharalah segala shalatmu dan peliharalah shalat wustha dan berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyuk” (QS. al-Baqarah: 238)

Dalam ayat yang lain Allah Ta’âla berfirman: “Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat dan ruku’lah bersama orang-orang yang ruku’.” (QS. al-Baqarah: 43) 3.

Wasiat terakhir yang diucapkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelang beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam wafat adalah shalat, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Jagalah shalat, jagalah shalat dan berlaku baiklah terhadap hamba hamba yang kamu miliki.” (HR. Abu Dawud dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani)

4. Shalat adalah mata air yang berisi kesucian dan ampunan Allah ‘Azza wa Jalla

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Bagaimana pendapat kalian jika ada mata air yang mengalir di depan pintu salah seorang dari kalian, lalu ia mandi lima kali setiap hari, apakah masih tersisa kotoran di tubuhnya ? Mereka menjawab; tentu saja tidak ada kotoran yang tersisa, lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata; seperti itulah perumpamaan shalat lima waktu, dengannya Allah menghapus dosa-dosa.” (Muttafaqun ‘alaihi)

5. Shalat adalah amalan yang pertama kali dihisab pada Hari Kiamat

Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Qurt radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Amalan seorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari Kiamat adalah shalat. Jika shalatnya baik maka baiklah seluruh amalannya dan jika buruk maka buruklah seluruh amalannya.” (HR. Thabraani)

6. Shalat merupakan jaminan keamanan dari api neraka

Hal ini diriwayatkan dari Abu Zuhair ‘Ammarah bin Ruwaibah radhiyallahu ‘anhu ia berkata aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Tidak akan masuk neraka seorang yang mengerjakan shalat sebelum terbit dan tenggelam matahari, yakni shalat Shubuh dan shalat ‘Ashar.” (HR. Muslim)

7. Shalat merupakan jalan untuk memperoleh keberuntungan dan kemenangan yang besar dalam menjalankan kehidupan dan juga merupakan penawart dari keluh kesah yang dirasakan manusia dan sebaik-baik kaedah untuk mencapai ketenangan jiwa.

Hal ini dapat dilihat setelah mengkaji ayat-ayat al-Qurân dan hadits-hadits rasul yang menjelaskan hal yang demikian diantaranya firman Allah Subhânahu wa Ta’âla:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mu’min (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam shalatnya.” (QS. al-Mu’minuun: 1-2)

Dalam ayat yang lain Allah Ta’âla berfirman:

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapatkan kebaikan ia amat kikir, kecuali orang-orang yang menegakkan shalat, yang mereka itu mengerjakan shalat secara terus-menerus.” (QS. al-Ma’aarij: 19-23)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Diantara perkara dunia yang aku senangi adalah wanita dan wangi-wangian dan kesejukan pandanganku terdapat dalam shalat.” (HR. Ahmad, an-Nasa’I, al-Hakim dan al-Baihaqi)

8. Begitu pentingnya ibadah shalat ini maka syari’at Islam sangat menaruh perhatian kepadanya sehingga shalat wajib dikerjakan baik seseorang adalah Musafir atau seorang Muqim (tidak dalam keadaan safar), dalam keadaan aman atau dalam keadaan ketakutan seperti dalam suasana perang dimana Rasulullah tetap melaksanakan shalat dan dalam keadaan sakit ataupun sehat

9. Shalat adalah ibadah laksana pelita yang menerangi hidup seseorang.

Dalam sebuah hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Shalat adalah pelita.” (HR. Muslim)

10. Shalat sebagai salah satu sifat orang yang bertaqwa

Sebagaimana firman Allah Subhânahu wa Ta’âla:

“Alif laam miim. Kitab (al-Qurân) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, yaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.” (QS. al-Baqarah: 1-3)

 

Dah tak lama lagi nak masuk Ramadhan.... bersediakah kita?

    

    Pada kebiasaannya manusia begitu bersedia dan waspada dalam menghadapi sesuatu peristiwa atau tugas penting. Segala-galanya dipastikan tersedia dan siap siaga lebih awal. Sekaligus ia melambangkan sikap peribadi kita terhadap sesuatu yang besar dan penting itu.

     Sebelum menghadapi peperiksaan kita bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran. Sebelum mendirikan rumahtangga kita lemas dalam menyediakan keperluan hidup. Sebelum sesuatu pertandingan sukan setengah orang bersungguh-sungguh membina kekuatan dan kemahiran fizikal.

     Kini telah separuh bulan Syaaban kita lalui. Tidak lama lagi Ramadhan akan menjelang tiba. Bagaimana persediaan kita menghadapi bulan yang barakah itu?

     Puasa yang diterima Allah ialah yang cukup syarat lahir dan batinnya. Puasa yang diterima bererti juga seseorang itu sudah mencapai taqwa. Jika kita tidak bersedia dan bersungguh-sungguh kita hanya mendapat lapar dahaga dan letih semata-mata.

    Ertinya puasa Ramadhan dapat melatih kita mendisiplinkan diri sebagaimana disiplin orang bertaqwa. Iaitu selain tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa, juga mesti memelihara anggota lahir dan batin dari melakukan dosa dan maksiat.

   Seperti memasuki kem bina semangat, atau kursus tata negara atau sebarang kursus untuk meningkatkan kualiti, di bulan Ramadhan bererti memasuki kursus yang disediakan Allah supaya disiplin jasmaniah dan rohaniah sepanjang Ramadhan dibawa dalam mengharungi kehidupan pada 11 bulan yang lain.Begitulah sangat penting dan besar ertinya kedatangan Ramadhan kepada kita.

   Bagi setengah orang-orang soleh telah menjadi tradisi bagi mereka berpuasa sejak bulan Rejab dan Syaaban sebelum Ramadhan. Itulah cara mereka bersedia menghadapi ketibaan bulan Ramadhan, raja segala bulan. Kedatangan Ramadhan bagi mereka adalah suatu yang sangat dinanti-nantikan dan berlalunya diiringi dengan rasa sedih dalam kesyukuran. Ramadhan juga mengingatkan kita agar selalu bersedia untuk menghadapi mati ketika kita masih hidup!

     Moga moga Allah meingizinkan kita hidup didalam keberkatan Ramadhan dan mempertingkatkan ketaqwaan melusuri bulan yang penuh kemulian ini. Amin...

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan !

Monday 24 June 2013

Nasihat Luqman al Hakim kepada anaknya 2.0


"Wahai anakku! Sepanjang hidupku, aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu, sabda mereka...

  • Apabila engkau mengerjakan sembahyang dan beribadah kepada Allah, maka jagalah baik-baik fikiranmu.
  • Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu(pandangan matamu)
  • Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjagalidahmu (perkataanmu).
  • Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.
  • Ingatlah kepada Allah s.w.t.
  • Ingatlah akan mati.
  • Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.
  • Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu


Nasihat Luqman al Hakim kepada anaknya 1.0


"Wahai anakku! Apabila perut mu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaan mu. Semua anggota badan mu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mengadap Allah) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah)"
"Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya."
"Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia."
"Wahai anakku! aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."
"Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit,tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."
"Wahai anakku! Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menaggung hutang"


Sunday 23 June 2013

Shopping sakan di Bandung

Sepanjang 6 hari berada di Bandung, aku berkesempatan 'menziarahi' beberapa factory outlet.
  • FO jalan Kopo
  • Bali Heaven
  • Toko Tiga
  • The Secret
  • Heritage
  • The Summit
  • Terminal Tas
  • Jetset
  • Grande
  • Oasis
  • Anak Kecil
  • Rumah Mode
  • Pasar Baru
  • Cihampelas

Secara umumnya aku berpuas hati dengan kemurahan harga barangan yang di beli.

Sebenarnya banyak lagi FO yang aku pergi tetapi sekadar window shopping jer... hehehe

Pada aku FO terbaik ialah The Summit dan tempat yang paling banyak aku melabur ialah di Pasar Baru. Sementara Rumah Mode ialah FO paling santai dan meriah. Aku suka decoration Bali dan kolam ikan koi yang cantik dan mendamaikan.




Ini superhero di Jalan Cihampelas. Kawasannya tak ubah seperti jalan TAR di KL. Berbagai jualan dan berbagai ragam. Kesesakan lalulintas menambah keriuhannya. 


Aku tidaklah pandai sangat bershopping tapi lebih 15 juta melayang..... adehhhh.

Boleh la di simpulkan jika anda ingin bershoping di semua FO di Bandung, sila lah allocate at least IDR 300,000 - 500,000 per head untuk setiap FO dan IDR 3 - 4 juta di Pasar Baru.

Ada money changer berhampiran The Summit Jalan Riau... rate nyer boleh tahan murah. 

Ole Ole Bandung 4.0 - Tangkuban Perahu


Tangkuban Perahu bermaksud "perahu terbalik" kerana kelihatan dari jauh bentuk pergunungannya seperti perahu yang terbalik. Terletak kira-kira 30km dari Kota Bandung, ia merupakan sebuah kawasan bekas gunung berapi.

Tempat ini mempunyai cerita mitosnya yang tersendiri.

Nama tangkuban parahu diambil daripada kisah sebuah perahu yang ditendang hingga perahu itu terbalik oleh Sangkuriang yang marah kerana hajatnya tidak kesampaian mengahwini Dayang Sumbi.




Tiket masuk nya seorang IDR 50,000 jer... kenderaan lain kira

Suhunya mungkin sekitar 10 degree C dengan angin sejuk menusuk ke tulang. Pemandangannya berlatar belakangkan kehijauan pergunungan. Beraneka jualan cenderahati untuk ole ole dibawa pulang.


Jerebu tahunan di negeriku 2013


Gunung Lambak Kluang hilang di pandangan

23 Jun 2013
3.00 pm 

Ini punca nyer.....Adehhhh.....

Ladang milik Malaysia terbakar di Riau 

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Perhutanan Riau, Zulkifli Yusuf berkata, ladang syarikat dari Malaysia adalah antara yang terbakar di wilayah itu.

Kebakaran hutan di Sumatera menyebabkan jerebu dan asap tebal melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka.

Kata Zulkifli, antaranya ialah PT Langgam Inti Hibrida, yang berada di kawasan Desa Sering, Pelalawan, Kabupaten Pelalawan.

“Titik panas lain berada di kawasan ladang milik PT Bumi Reksa Nusa Sejati yang berada di Desa Simpang Kareman, Kecamatan Pelagiran, Kabupaten Indragiri Hilir.

“Manakala yang lain terbakar adalah milik PT Tunggal Mitra Platation, PT Abdi Platation, PT Jati Jaya Perkasa, PT Udaya Loh Dinawi dan PT Mustika Agro Lestari.

“Semuanya milik modal asing dari Malaysia.

“Jadi kami meluruskan (menjelaskan), itu bukan data yang dikeluarkan Jabatan Pehutanan. Titik panas itu dirakam satelit Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dari peta kami melihat kawasan itu berada di ladang warga dan milik asing,” kata Zulkifli seperti dilapor viva.co.id.

Dalam perkembangan berkaitan, satelit pemantau cuaca dan pengesan panas bumi (NOAA) milik Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Riau mengesan 148 titik panas di wilayah itu.

Pemantuan Jabatan Perhutanan Riau, titik yang dirakam satelit sebahagian berada di kawasan ladang dan hutan tanaman industri milik Malaysia.

Bakat anak anak ku

http://www.youtube.com/watch?v=Q7C2EHJA8xI - Muhammad Amshar mencari MC

https://soundcloud.com/muhamadikhmal/muhamad-ikhmal-its-yours

Mykeluarga

Muhamad Ikhmal 3 February 1995

Muhammad Amshar 26 October 1996

Muhammad Areef 7 February 1998

Muhammad Izzat Anwar 11 August 2002

Muhammad Amri Shakir 4 December 2003


Hannah Maisarah 5 July 2009


Isteriku - Puan Habibah
Tarikh Pernikahan 2 April 1994


Friday 21 June 2013

Oil and Gas salary scale (gaji kengkawan seprojek)

Berikut ialah gaji tertinggi kengkawan aku yang berkerja di sektor oil and gas.

Tujuan aku membuka ruang ini ialah sebagai galakan kepada anak bangsa ku menceburi bidang oil and gas yang luas terbentang.

Bak kata orang tua tua... hendak seribu daya.

Rate gaji ini ialah benar dan tiada manipulasi. Jika kengkawan ingin berkongsi maklumat, dipersilakan email mykeluarga9061@gmail.com


  1. Welding Inspector - RM1500/day
  2. AUT Inspector - USD800/day
  3. HSSE Inspector - RM1100/day
  4. Coating Inspector - RM1050/day
  5. CSR - USD2000/day
  6. General worker - SD70/day
  7. Rigger - RM180/day
  8. ROV pilot - USD2000/day
  9. Crane operator - RM1100/day
  10. Marine Safety Officer - RM1500/day
  11. Junior Safety Officer - RM600/day (<3 tahun experience)
  12. Senior Safety Officer - USD500/day
  13. Construction Supervisor - RM1500/day
  14. Welder - RM600/day
  15. Sr HSSE Inspector (cam aku) - confidential!... hehehe

Oppps lupa plak... ini ialah offshore rate. Kitorang dibayar gaji hari.... ada keje ada gaji, takde keje gigit jari. Dan satu lagi... ini ialah rate untuk orang Malaysia, untuk expat ratenyer lain.

Jika anda inginkan panduan tentang gaji yang bersesuaian dengan kelayakan dan pengalaman, sila lah email ke mykeluarga9061@gmail.com





Safety and Health at Workplace

Jika anda memerlukan nasihat dan bimbingan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, hubungi saya di mykeluarga9061@gmail.com

Nasihat dan bimbingan diberikan secara percuma.


Oil and Gas Vacancy

Safety Officer for offshore

2 Safety Officers required for offshore. Offshore experience is essential with at least 5 years in HSE background.

If interested, please drop your latest CV to mykeluarga9061@gmail.com with information below;
  1. Expected salary
  2. Date of availability

Only short listed will be notified.

Closing Date : 1 July 2013


Hannah Maisarah - puteriku yang comel

Born on 5 July 2009 in Seremban








Ole Ole Bandung 3.0 - Kawah Putih

Tengok gambo je la yer...

Cantik sesuai dengan gelarannya - syurga yang tercicir










Kerja ku di pesisir luar pantai

Tiada coretan istimewa, hanya gambar gambar untuk tatapan.

 Biasa la kene jaga kerahsiaan projek!

Oppps... lum upload dari camera lg....tunggu yer.

Ini projek pertama aku pasang pipeline.

Lokasinyer di 150km ke tengah laut dari pulau Labuan. Kedalamannya 1200m.


Ole Ole Bandung 2.0


Hari Kedua - 16 Jun 2013

Pagi minggu dihadapan hotel riuh rendah dengan orang berjualan dipasar minggu. Mak datok aii...ramainya orang!! Lenguh kaki berjalan. Aku agak mungkin sepanjang 5km orang berniaga. Macam macam benda ada, barangan nyer murah jugak. Isteri aku sambar baju sutera 2 helai. Kata si penjual harga baju tu lebih murah dari di Pasar Baru. Entah ler betul atau tidak...

Selepas berjalan2 di pasar minggu, Pak supir membawa kami ke sebuah rumah di Kopo. Disitu banyak kain sulam yang murah murah. Sehelai hanya RM 35 jer. Mungkin di Malaysia boleh mencecah RM150. Isteriku tidak banyak membeli pasal dia tak pakai baju kurung lagi dah. Dia hanya sambar 2 helai kain sulam dan 2 helai telekong. Untuk lelaki? Tengok jer ler....pas tengok pi bayo IDR 520k...

Selepas itu kami di bawa ke Bali Heaven. Boleh tahan gak decoration nyer. Barangan nyer bercampur campur ori ngan tak ori. Aku sambar kemeja versace dan baju Jeep koboi. Kedua dua nya tak sampai RM90 sehelai.

Anak anak aku shopping sakan dengan brand ntah apa ntah... aku bagi can diorang shopping tanpa control... maklum la murah2 harga nya.

Gambar di atas di ambil sebelum kami meninggalkan Bali Heaven.

Selepas itu kami di bawa ke Toko Tiga. Aku sambar seluar Levis... harganya tak lah murah sangat tapi 20-30% lebih murah berbanding kat Malaysia.

Petangnya kami makan di restoran Nasi Padang Sederhana. Walaupun masakannya sederhana sahaja tapi harganya tidaklah sesederhana nama nya. Mungkin cashiernyer kira masakan yang kitorang tak makan. Korang makan otak lembu masak lemak? Kitorang tak makan tapi masuk dalam bil...harganya IDR 25k....adehhhh


Yang di hujung berbaju putih ialah bapak Dudi, pemilik syarikat supir. Orang nya ramah dan baik hati. Kami menggunakan khidmat supir sepanjang berada di sini termasuk menjemput dan menghantar ke airport Soekarno-Hatta Jakarta. Nomor kontek dan kos sewaannya bisa diperolehi dengan mengemail kepada saya yang memakai spek tu... no hidden cost and no mark up...hehehehe

Ole Ole Bandung 1.0


Hotel Vio Cimanuk @ 15 - 19 Jun 2013

Aku dan keluarga bercuti di Bandung Indonesia pada 15 - 20 Jun 2013.
Mengambil Airasia dari Senai ke Jakarta. Tiba pada 1830 hrs disambut oleh supir yang telah lama menunggu. Terus di bawa ke Bandung dan sampai pada 0000 hrs. Check in hotel dan terus tidur...penat banget!!

Perjalanan dari Jakarta ke Bandung hampir 130km. Tidak lah begitu jauh tetapi lambat disebabkan jem yang teruk. Namun aku enjoy melihat suasana kota Jakarta yang bergemerlapan. Kami singgah di R&R mengisi perut dengan makanan tempatan - nesi penyet, bakso, sup bontot dll. Rasa nyer ? Ok laaa....

Hotel tempat kami menginap selama di Bandung seperti gambar diatas- selesa dan murah. Terletak berhampiran dengan Jalan Riau - walking distance. Ada pasar minggu yang sibuk dengan berbagai jualan. Sarapan pagi yang mengenyangkan dengan layanan yang mesra. Harga semalam berserta sarapan untuk 2 orang hanya RM122 jer.